Mohd. Ramzdan Abdul Rahman Wong membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Najwa Che Mat.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumah didiami kanak-kanak perempuan itu di Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar di sini pada kira-kira pukul 8 pagi, 18 Jun lalu.
Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada tiga orang anak itu dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di lokasi serupa kira-kira pukul 9 pagi pada akhir Jun lalu.
Tertuduh dalam pertuduhan ketiga didakwa mengulangi kesalahan tersebut di rumah didiaminya di flat sama, namun blok berlainan kira-kira pukul 11 pagi, 5 Oktober lalu.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ana Rozana Mohd. Nor tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana terdapat kemungkinan tertuduh akan mengganggu mangsa memandangkan mereka tinggal di flat yang sama.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian merayu agar dibebaskan dengan jaminan kerana menanggung tiga orang anak selain dalam proses perceraian dengan isterinya.
Hakim walau bagaimanapun tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan kes bagi mendapatkan laporan perubatan, memetik Utusan Online.