Peniaga rokok seludup terjun laut

Sebelum terjun dari jambatan tersebut pada pukul 8.30 pagi, mangsa Mohd. Shukri Saad, 39, dikatakan memuat naik status memohon maaf daripada keluarga, meluahkan perasaan takut dipenjara dan kecewa dengan masalah berkaitan rokok seludup menerusi akaun Facebook miliknya.

Di lokasi mangsa terjun, polis menemui motosikal jenis Modenas Kriss, sepasang selipar serta seke­ping kertas putih bertulis nama, umur, alamat dan nombor kad pengenalan dirinya. Turut ditemui telefon bimbit mangsa.

Ekoran kejadian itu, pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat Mohd. Shukri yang berasal dari Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Sehingga pukul 8 malam tadi, nasib Mohd. Shukri yang hilang di perairan Selat Melaka belum diketahui.

Sementara itu difahamkan mangsa dikatakan telah memuat naik satu status menerusi akaun Facebook miliknya dipercayai beberapa jam sebelum mangsa terjun ke laut.

 

Related Articles