Rentetan daripada masalah kerugian besar itu, sebilangan besar peniaga kecil itu menggesa Majlis Perbandaran Klang (MPK) supaya mengembalikan mereka ke lokasi asal iaitu di Little India, Tengku Kelana, Klang.
“Kami mahu supaya dipindahkan segera Little India Klang sebelum sambutan Deepavali bermula dari 29 September ini untuk memudahkan persiapan menjelang sambutan terbesar itu dimulakan tanpa masalah.
“Sejak kami dipindahkan dari kawasan itu, kami tidak dapat mencari pelanggan dan keuntungan yang diharapkan disebabkan lokasi tidak strategik.
“Kami berharap segala tuntutan kami diteliti dan dipertimbangkan semula oleh MPK demi kesejahteraan peniaga kecil kami di sini,” menurut beberapa peniaga India di Klang.
Seramai 30 daripada 400 peniaga kecil yang berniaga di bazaar Deepavali tahun lalu telah dipindahkan lokasi perniagaan dari Tengku Kelana ke Lorong Tingkat yang terletak di belakang gedung membeli belah Mydin.
Malah, 10 lagi peniaga pula dipindahkan ke Jalan Tali Air dimana kedua-dua lokasi baharu itu menjejaskan peniaga kecil dari segi pendapatan harian.
Lagipun lokasi itu didakwa tidak sesuai dan perlu dikembalikan ke Tengku Kelana yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dan masyarakat India sejak berzaman dahulu.
“Kami menderita tanpa pendapatan lumayan sejak setahun lalu. Kami harap menjelang sambutan Deepavali kali ini nasib kami diubah dengan keprihatinan MPK,” tegas mereka lagi. – Tamil Nesan