Peniaga Direman, ‘Kantoi’ Upah Enam Budak Lelaki Selepas Hisap Kemaluan

by Anis

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga warung tergamak menjadikan enam kanak-kanak lelaki sebagai pemuas nafsu songsangnya dengan menghisap kemaluan mereka sejak September tahun lalu.

Tindakan lelaki berusia 57 tahun itu terhadap mangsa berumur 12 dan 13 tahun antara September 2023 hingga Januari lalu bagaimanapun terbongkar selepas mereka membuat laporan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Simpang Bekoh, Jasin dan setiap kanak-kanak dibayar antara RM50 hingga RM100 untuknya melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.“

Kesemua kanak-kanak ini masih bersekolah dan suspek akan memberi upah RM50 hingga RM100 kepada mereka sebelum dia menghisap kemaluan kanak-kanak itu.

“Bertindak hasil maklumat, suspek berjaya di tahan di rumahnya di Simpang Bekoh, di sini, pukul 8.56 malam tadi,” katanya.

Tambah Ahmad Jamil, Majistret Mohd Firdaus Salleh di Mahkamah Jasin hari ini membenarkan permohonan reman selama tujuh hari ke atas suspek sehingga 13 Februari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a)/15A(1)/ 15B(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – Malaysia Gazette

Related Articles