Peniaga dipenjara 14 tahun, 6 sebatan miliki bom tangan

Hakim Mohammad Khalid Abd. Karim menjatuhkan hukuman itu terhadap Md. Saifuddin Muji, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 iaitu memiliki bom tangan model M67.

Dia dituduh melakukan kesalahan berkenaan di rumah bernombor 108, Kampung Parit Gantung, Sri Merlung, Rengit, di Batu Pahat pada 11 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd. Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam, petik Utusan Malaysia.

Related Articles