Pengurus TNB di Kota Bharu hadapi 13 pertuduhan wang haram dan rasuah

Tertuduh, Arman Che Othman, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Arman didakwa telah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu menggunakan wang keseluruhan berjumlah RM64,200 daripada akaun milik KS Maju Solution yang mana ia merupakan hasil aktiviti haram.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Public Bank cawangan Wakaf Siku, Jalan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu antara 18 September 2013 hingga Oktober 2014.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 

Related Articles