Pengorbanan ibu, antara nyawa dan anak

CPR selama 30 minit. Pesakit berjaya diselamatkan. Buat CXR, ada bilateral tension pneumothorax yang menyebabkan kesukaran jantung mengepam. Yang pelik, paru-paru sebelah kiri putih.

Kita tiada pilihan lain selain CT walaupun mengandung. Explain kepada suami kenapa CT sangat diperlukan. Suami setuju dan sanggup beri tandatangan. CT di buat selepas chest tubes diletakkan.

Rupanya pesakit ini hanya ada satu sahaja paru-paru kanan (left lung hypoplastic). Benda putih yang kita nampak di sebelah kiri adalah jantung. Rupanya wanita ini selama ini bergantung pada satu paru-paru.

CPR 30 minit. Maknanya at least 30 minit wanita ini hypoxic. Kat rumah tak tau berapa lama. CT brain, edema. Secara clinical, tak bagus.

Di pendekkan cerita, peluang untuk wanita ini pulih tipis (HIE). Jika berjaya, harapan mungkin untuk dua bulan. Sekarang yang perlu diselamatkan adalah bayi dalam kandungan. Ibu diberi ventilation, demi untuk bayi dalam kandungan. Hebat ibu ini.

Apa yang cuba ingin aku kongsikan…

Itulah pengorbanan seorang ibu. Kalau kalian nak tahu. Ibu sanggup bertarung nyawa demi anak. Jika lahir, ibu dapat merasai kesusahan anak. Ibu lebih faham tentang anak mereka. Ibu akan buat segala perkara walaupun orang kata itu adalah perkara bodoh yang dibuat seorang ibu untuk si anak. Itulah ibu.

Sebagai bapa, aku tak sehebat itu. Melihat wanita ini, aku terbayang ibu di kampung. Teringat bagaimana dia membesarkan aku. Sayangi ibu anda.

Apapun, kami harapkan apa yang dijangka adalah salah dan meleset. Kami bukan tuhan. Sama-sama kita doakan agar si ibu pulih at least melihat si anak membesar.

Sama-sama kita doakan.

 

Dipetik dari Facebook Aznil Hisham

Related Articles