Pengikut IS mengaku lontar bom di Puchong

Dua tertuduh, Imam Wahyudin Karjono, 21, dan Jonius Ondie @Jahali, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap mereka di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mengikut pertuduhan, mereka membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis Fuze M213 sehingga menyebabkan kecederaan ter­hadap lapan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan Imam Wahyudin dan Jonius di Movida Boulevard, Puchong dekat pada pukul 2 pagi, 28 Jun lalu.

Imam Wahyudin seorang pe­nganggur manakala Jonius be­kerja sebagai operator di sebuah kilang.- Kosmo! Online

 

Related Articles