Penggunaan dron pantau nelayan asing akan dikaji

Beliau berkata jika kaedah itu dilihat efektif, kementerian akan berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan bagi melaksanakannya.

“Kita sedang buat kajian, mungkin kita cuba guna dron sebagaimana yang dicadangkan YB Kuala Terengganu untuk bantu kita pantau aktiviti nelayan asing,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, pada Khamis.

Terdahulu, semasa sesi perbahasan, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membangkitkan isu keselamatan nelayan-nelayan tempatan yang terancam apabila berdepan dengan kapal-kapal penceroboh terutamanya nelayan dari Vietnam.

Beliau juga mendakwa penguatkuasaan agensi berkaitan tidak berkesan selain aduan nelayan tempatan tidak dilayan.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bukanlah satu-satunya pihak yang memantau perkara berkenaan sebaliknya ia bekerjasama dengan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)dan Jabatan Laut Malaysia bagi memastikan penguatkuasaan diperketatkan.

“Setakat ini, bot-bot dipasang dengan Mobile Tracking Unit (MTU) dan Automatic Identification System (AIS) bagi memantau pergerakan nelayan-nelayan ini,” katanya. –Bernama

Related Articles