Pengganas warga Malaysia di Kem Guantanamo mungkin dibawa pulang – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara topik utama yang dibincangkan beliau dengan Pesuruhjaya Khas Amerika Syarikat Mengenai Penutupan Guantanamo, Lee Wolowsky semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-71 pada Jumaat.

“Mohamad Bashir (yang disyaki terlibat dalam insiden pengeboman Hotel J.W Marriott di Jakarta pada 2003) didapati telah insaf berdasarkan perakuan Lembaga Semakan Berkala Amerika Syarikat yang mengikuti perkembangan ideologinya secara peribadi,” kata Ahmad Zahid, memetik laporan Utusan Malaysia.

Seorang lagi warga Malaysia yang ditahan di kem Guantanamo ialah Mohd. Farik Amin.

Related Articles