Pengerusi, pengarah urusan bank didakwa hari ini

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu selama tujuh hari sehingga 5 Sept bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama. – Bernama

Related Articles