Pengerusi, pengarah Bank Rakyat mengaku tak salah seleweng RM15j

Mengikut pertuduhan, Abdul Aziz, 65, didakwa bersubahat melakukan pecah amanah iaitu Peruntukan Kumpulan Perbelanjaan Pemasaran Kod 59100 berjumlah RM14,991,283.20.

Sementara itu, Mustafha, 48, didakwa telah melakukan pecah amanah berjumlah RM14,991,283.20 berkaitan harta tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama 409 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Masing-masing didakwa melakukan perbuatan itu di Menara Berkembar Bank Rakyat, Jalan Travers pada 11 Mac lalu.

Terdahulu Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Masri Mohd. Daud menawarkan jaminan RM2 juta dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Hakim Madihah Harullah membenarkan ikat jamin RM400,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh sebutan kes, petik Kosmo Online.

 

Related Articles