14
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan pada 4.05 petang di kawasan parkir sebuah hotel di Putrajaya.
Katanya, Sanjeevan, 32, akan dituduh di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang esok mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
“Sebanyak 20 kertas siasatan dibuka berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. – Bernama