Pengerusi BN negeri hadiri sidang akhbar dengan mulut ditampal pita pelekat

Tindakan itu dipercayai sebagai simbolik selepas beliau menerima notis guaman daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng setelah membuat pendedahan mengenai Pulau Jerejak yang dijual kepada pemaju swasta.

Chang Yeow hanya mengedarkan kenyataan media yang antara lain menyebut tindakan saman itu sebagai usaha untuk menutup mulutnya daripada berterusan mendedahkan lebih banyak lagi urusan Pulau Jerejak.

Dalam kenyataan berkenaan juga, Chang Yeow antara lain menegaskan beliau tidak akan berdiam diri dan menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya terus menyuarakan isu kepentingan rakyat, memetik Utusan Online.

Related Articles