Pengedar dadah diberkas edar 200 peket heroin

Dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 53 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek ditahan ketika sedang memegang kotak berisi 200 peket dadah dipercayai untuk diedarkan kepada pelanggan.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media IPDTL di sini sebentar tadi.

Related Articles