Pengasuh Taska perlu miliki diploma pendidikan awal kanak-kanak

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ia bagi memastikan pengasuh mempunyai pengetahuan dan mencapai kualiti untuk mengasuh kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

“Di negara maju, pengasuh kanak-kanak di bawah tiga tahun memang dilatih secara profesional dan tahap pendidikan minimum mereka mestilah diploma.

“Sebelum ini Kementerian Pendidikan telah membincangkan perkara ini, tetapi hanya melibatkan prasekolah. Kali ini kita mahu pengasuh Taska juga mempunyai diploma sebagai kelayakan utama,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengadakan Dialog Bersama Menteri bertajuk ‘Wawasan Baharu Ke Arah Pembangunan Masyarakat’ di Institut Sosial Malaysia di sini hari ini. – Bernama

Related Articles