VIDEO: Pengasas UMNO Gelang Patah umum keluar parti

Beliau berbuat demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Bahagian UMNO Gelang Patah hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat ekoran parti berkenaan didakwanya sebagai parti milik Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

“UMNO Bahagian Gelang Patah yang aku tubuhkan selaku Ketua Penaja pada 1994 dan sebagai Adun 1995-2004..aku isytihar keluar dari menjadi ahli UMNO semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di Mesyuarat Perwakilan UMNO Gelang Patah, pada 10 September 2016.

“UMNO sekarang bukan lagi parti orang Melayu tetapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib yang tidak boleh diselamatkan lagi,” katanya memetik status di Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malik ketika mengulas tindakan tersebut berkata, parti di peringkat bahagian menerima keputusan itu.

“Kita terima dan akur dengan pilihan yang dibuat olehnya. Kita mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gelang Patah, Johor pada Sabtu.

Bagaimanapun, Mohammad Khairi berkata, tindakan veteran UMNO itu keluar dari parti, tidak menjejaskan UMNO Bahagian Gelang Patah.

“Bila dia umum, perwakilan kekal dan terus bersama dalam persidangan. Kami tidak jangka (umum keluar parti) kerana sebelum ini, dia memberitahu mahu berjuang dari dalam parti,” katanya.

Baharom merupakan antara individu yang menubuhkan UMNO bahagian Gelang Patah pada 1994 ketika menjadi ketua penaja.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kupang pada 1995 hingga 2004

https://www.youtube.com/watch?v=MkS8yrW8Q_w

Related Articles