Jika BN kehilangan sokongan pengundi kaum Cina, nescaya UMNO bertambah kuat lebih-lebih lagi apabila parti itu bergabung dengan PAS. Sungguhpun UMNO dan PAS sebelum ini bermati-matian merebut sokongan pengundi Melayu, tetapi kebelakangan ini kedua-dua parti mulai menjalin kerjasama demi kepentingan bersama.
Sebenarnya, selepas Pakatan Rakyat berpecah, PAS telah menubuhkan pakatan sendiri. Sementara Pakatan Harapan pernah menganjurkan kempen untuk menjatuhkan PM Najib pada 2015, namun langkah tersebut tidak disertai oleh PAS. Selepas itu, UMNO memberi ruang kepada PAS melalui Presidenya, Hadi Awang, untuk membentangkan RUU 355 dalam sidang Parlimen.
Kerjasama kedua-dua parti tersebut kini semakin rapat. Jika kerjasama itu menjadi kenyataan, ia pasti membimbangkan kerana senario politik Malaysia akan berubah. Namun hubungan kerjasama UMNO dan PAS bukan perkara mudah kerana masih menghadapi halangan yang perlu ditempuhi.
Kini nasib MCA terletak pada para pengundi Cina sama ada mereka kembali menyokong BN atau sebaliknya. Kekalahan MCA pada PRU12 dan PRU13 sekali gus mengubah situasi politik dalam mana parti dalaman BN tidak mampu mengawal suara dan kuasa UMNO.
Dalam politik, pengaruh kuasa sahaja yang mampu memperjuangkan kepentingan. Jika MCA hanya mempunyai 7 Ahli Parlimen, nescaya parti tersebut masih dianggap tidak berpengaruh dan kurang kuasa bercakap dalam BN.
Sungguhpun undi kaum Cina didapati kembali menyokong BN semasa PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, sokongan tersebut tidak dijamin akan berterusan sehingga PRU14. Pada PRN Sarawak yang lalu juga didapati pengundi Cina kembali menyokong BN. Keghairahan pengundi Cina menyokong BN adalah kerana faktor tempatan dan fenomena tersebut membayangkan sokongan pengundi Cina di seluruh negara.
Walau apa pun, hala tuju pengundi Cina pada PRU14 kini menjadi tumpuan kerana dijangka menentukan corak politik negara. Bagi MCA, PRU14 merupakan pilihan raya yang menentukan nasib masa depannya. – China Press