Pengarah Urusan bank tempatan direman kes salah guna kuasa

Ia bagi membantu siasatan kes penyelewangan dan salah guna kuasa melibatkan penerbitan buku seorang tokoh pemimpin negara.

Majistret Nik Isfahani Tasnim Wan Abdul Rahman membenarkan Pengarah Urusan berusia 46 tahun itu ditahan reman selama tiga hari sehingga 28 Ogos ini (Ahad).

Beliau ditahan bersama tiga lagi lelaki iaitu bekas pegawai bank berkenaan, penerbit serta penulis buku.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Terdahulu lapan individu yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 2 petang hingga tengah malam semalam bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun memetik laporan Kosmo Online, empat daripada mereka telah dibebaskan setelah bekerjasama membantu siasatan iaitu dua peguam syarikat penerbitan buku tersebut, seorang wanita yang merupakan isteri kepada bekas pegawai bank dan seorang lagi penulis.

Related Articles