Pengarah JKR Melaka didakwa rasuah

Bagaimanapun, Khalid, 56, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Tertuduh didakwa atas 13 pertuduhan me­nerima suapan berjumlah RM196,200 membabitkan nilai antara RM3,000 hingga RM41,200 daripada lima individu dan tiga buah syarikat sebagai upah kerana melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal dengan membantu mendapatkan kerja-kerja menyelenggara, meluruskan dan menurap semula jalan serta membina dan menyiapkan sebuah klinik kesihatan di sekitar Melaka Tengah.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Batu Berendam dan pejabat JKR Melaka, Jalan Taming Sari di sini antara Mac 2014 sehingga Ogos lalu.

Daripada 13 pertuduhan itu, lapan pertuduhan dilakukan mengikut Sek­syen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, petik laporan Kosmo Online.

Related Articles