Tertuduh yang berusia 56 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa telah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjunlah RM1,984,797,08 di akaun Amanah Saham Wawasan 2020 yang mana wang tersebut merupakan hasil aktiviti haram.
Pertuduhan kedua tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama dengan memiliki wang berjumlah RM2,135,634,13 di akaun Amanah Saham Didik.
Tertuduh melakukan kesalahan itu ditempat sama di Amanah Saham Nasional Berhad Menara PNB, 201-A Jalan Tun Razak di sini masing-masing pada 1 September tahun lalu dan 2 Julai lalu.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Raya Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam bela Azrul Zulkifli Stork, memetik laporan Kosmo Online.