Pengarah Jabatan Air Sabah disiasat rasuah kembali bertugas

Memetik laporan The Star hari ini, peguam P.J Prereira berkata, anak guamnya itu memaklumkan kepadanya dia belum menerima notis penggantungan tugas dan akan kembali bekerja.

Pengarah berusia 54 tahun itu dibebaskan dari lokap polis Kepayan semalam selepas SPRM membenarkannya diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin.

Dia turut diarahkan untuk melaporkan diri kepada SPRM Sabah setiap bulan.

Pengarah itu, timbalannya, dan dua lagi ditahan pada 14 Ontober berhubung siasatan SPRM membabitkan penyelewengan peruntukan kerajaan Persekutuan untuk projek bekalan air bersih di Sabah sejak 2010.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana akitiviti pengubahan wang haram.

Menurut The Star, perintah reman selama dua minggu untuk timbalan pengarah berusia 52 tahun, seorang ahli perniagaan dan seorang akauntan syarikat tamat esok.

Related Articles