Pengarah Eksekutif DBKL didakwa rasuah

Syed Afendy, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail, di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Mahkamah memerintahkan supaya tertuduh mendepositkan wang jaminan RM400,000 pada Khamis sementara bakinya RM600,000 pada Rabu depan.

Perbicaraan akan didengar pada 9 hingga 13 Januari 2017.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Adha Abu Bakar dan Ahmad Akram Karim manakala tertuduh diwakili peguam M. Athimulan dan T. Gunaseelan.

SPRM sebelum ini menahan reman Syed Afendy Ali selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Ogos lalu sebelum menyambung tempoh tahanannya selama lima hari lagi sehingga 27 Ogos ini.

Related Articles