18
Perintah reman ke atas lelaki berusia 40 tahun itu diarahkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di Putrajaya, pagi ini.
Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata suspek ditahan di rumahnya di Kuantan, semalam.
Semalam, empat lelaki termasuk pengarah urusan sebuah bank tempatan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.