Penganggur didakwa bunuh kenalan sendiri

Kasmarugaya Sulaiman, 38, didakwa membunuh Abd. Razak Ibrahim, 42, di sebuah lorong belakang hotel di Jalan Wong Ah Fook, di sini, antara pukul 5 hingga 6.30 pagi pada 10 September lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Salina Omar.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Baiduri Mustakim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Related Articles