13
Tertuduh, Luqman Hadi Mustapa, 28, mengangguk faham bagi kelima-lima pertuduhan tersebut namun tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Norina Maludin.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Luqman Hadi didakwa membunuh Hassan A. Wahab, 70; dan isterinya, Mariah Baharin, 62, serta anak pasangan itu, Mohammad Taufeq, 22.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.