Penduduk trauma dua kuil Hindu ‘ditelan’ ombak

Kedua-dua kuil itu terletak di pesisir pantai di Pantai Remis, Jeram 8 kilometer dari Kapar dan dianggarkan berusia lebih 60 tahun.

Kejadian itu dilaporkan berikutan air pasang luar biasa sejak 10 hari lalu di pesisiran pantai itu.

Pada mulanya dijangkakan hanya tempat tinggal nelayan di pesisir pantai sahaja terjejas akibat pukulan ombak.

Namun dua kuil berkenaan turut dilanda tiupan ribut petir dan ombak. Sami kuil itu mendakwa kuil ini pernah dilanda banjir kilat dalam kejadian sebelum ini.

Ombak kuat dikatakan setinggi lapan kaki dan patung-patung dewa Hindu di kuil itu musnah teruk akibat pukulan ombak laut itu.

Beliau memohon bantuan kerajaan negeri Selangor dan MIC untuk menyalurkan dana kewangan bagi mendirikan sebuah kuil yng besar di tempat yang sama. – Malaysia Nanban

Related Articles