16
Baru-baru ini ladang itu dijual kepada syarikat pemaju untuk memberi laluan kepada pembangunan.
Bagaimanapun nasib para pekerja ladang itu tidak diabaikan syarikat itu apabila menyediakan imbuhan durian runtuh sebagai pampasan bersempena sambutan Deepavali yang akan menjelma penghujung Oktober tahun ini.
Ia disambut baik para pekerja ladang itu yang majoritinya terdiri daripada komuniti India.
Setiap pekerja menerima pampasan pengurangan pekerja, bantuan khas tahunan RM300, kediaman baharu bernilai RM42,000 dengan harga separuh dan kadar sewa bulanan RM850 untuk setiap pekerja sehingga kediaman baharu disiapkan pemaju.
Setakat ini lebih lapan pekerja yang terjejas menerima imbuhan durian untuh bersempena Deepavali kali ini. – Tamil Nesan