Penduduk Kg Sg Yu serah memorandum batal surat pengesahan penempatan

Memorandum itu diserahkan bagu menggesa Azmin membatalkan segera surat pengesahan penempatan untuk masyarakat India yang diberikan kerajaan di tanah Sungai Yu di Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Mereka merupakan penduduk yang terjejas dalam pembangunan penempatan itu disebabkan sebilangan pemimpin yang berkepentingan politik.

Turut bersama mereka ialah persatuan pengguna Klang Devadass Anjan.

Surat pengesahan penempatan untuk penduduk Kampung Sungai Yu yang diserahkan Azmin dalam satu majlis pada 19 Ogos lalu perlu dibatalkan serta merta.

“Ekoran terdapat unsur rasuah dalam pengagihan tanah itu, maka kerajaan negeri harus menyiasat perkara ini secara serius demi penduduk yang terjejas akibatnya,” katanya.

Wakil Azmin yang menerima surat memorandum itu berjanji perkara itu akan dirujuk kepada Azmin untuk tindakan sewajarnya.

Laporan polis turut dibuat oleh beberapa penduduk India dari penempatan sungai Yu itu selepas beberapa lot tanah di situ didakwa telah diagihkan kepada orang dari luar. – Tamil Nesan

Related Articles