Pendedahan Panama Paper bukan penentu salah laku jenayah, kata KJ

 
Beliau bagaimanapun berkata, pendedahan itu perlu diteliti kerajaan.
 
“Ia jelas menjadi tajuk utama jadi kita perlu lihat apa yang berlaku sebenarnya dahulu, ada banyak informasi di situ kita tidak tahu apa kandungannya.
 
“Tidak secara khusus untuk terus menentukan ada penglibatan jenayah melalui pendedahan itu,” katanya, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, pada Selasa.
 
“Ada yang sebelum masuk politik melakukan perniagaan,” katanya, yang juga Ketua Pemuda Umno itu.

 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebuah kumpulan gabungan media antarabangsa yang menerbitkan hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia.
 
Organisasi yang digelar Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) itu dilaporkan mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia.
 
Panama Papers yang beroperasi di Washington itu dilaporkan berkata data berkenaan diperolehi dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca.
 
Antara lain pendedahannya adalah salah seorang anak lelaki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu, Mohd Nazifuddin Najib menjadi pengarah dalam dua buah syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.
 
Khairy bagaimanapun, berkata, ia tidak membayangkan sebarang salah laku dalam isu tersebut.

Related Articles