Pendaki tertua Malaysia mulakan pendakian ke Kem 1 Everest

Upacara tradisi mengikut kepercayaan masyarakat tempatan itu bertujuan memastikan perjalanan Chong Meng untuk menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest, selamat.

‘Pooja’ biasanya dilakukan masyarakat Sherpa sebelum meneruskan perjalanan ke kem yang lebih tinggi.

Upacara memberi restu kepada pendaki berumur 68 tahun itu dan pasukannya akan diadakan di Kem Pangkalan Everest (EBC).

Chong Meng berkata, upacara itu sering dilakukan terhadap semua pendaki Everest pada permulaan pendakian mereka untuk ke kem seterusnya selepas EBC.

“Upacara berkenaan kebiasaannya dibuat pada waktu pagi dan mempunyai tarikh tertentu untuk diadakan serta bergantung kepada faktor cuaca,” kata Chong Meng yang kini di EBC, ketika dihubungi Bernama.

Berikutan itu, Lee berkata, sebagai permulaan beliau akan menjalani latihan penyesuaian diri dengan mendaki dari EBC ke Kem Satu Everest dan turun semula ke EBC, kemudian bermula balik dari EBC ke Kem Dua Everest dan balik semula ke EBC. – Bernama

Related Articles