Penceramah wanita didakwa ceroboh sekolah tahfiz

Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menceroboh masuk ke dalam premis milik PU Faiz, 27, yang digunakan sebagai tempat pusat pengajian agama Islam di Pondok Rumi Sufi Jawi, Seksyen 8, Kota Damansara, kira-kira pukul 2.30 petang, 26 September lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Related Articles