Pemuda UMNO tidak terlibat dalam Himpunan Baju Merah – Khairy Jamaluddin

by SM Amin

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata mana-mana ahli Pemuda UMNO yang menyertai himpunan tersebut hadir atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili institusi tersebut.

“Pemuda UMNO sebagai satu institusi tidak terlibat dengan perhimpunan yang dianjurkan kumpulan Baju Merah.

“Tetapi kalau ada ahli kita yang hadir, itu adalah kehadiran mereka atas kapasiti peribadi, bukannya atas kapasiti rasmi pemegang jawatan dalam Pemuda UMNO,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah PUNB Biz Challenge di PWTC di sini, hari ini.

Gerakan Merah telah menganjurkan himpunan di hadapan bangunan Malaysiakini di Petaling Jaya Sabtu lalu bagi membantah penglibatan penyangak matawang yang memberi bantuan dana kepada portal propangkang tersebut.

Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah yang turut hadir dalamn himpunan itu menegaskan tindakan George Soros membiayai organisasi media tempatan adalah bertujuan untuk menghuru-harakan negara dan memberi kesan kepada agama Islam khususnya.

“Kita mahu tolak agenda tersirat daripada manusia bernama Soros yang menjatuhkan banyak negara Islam, di Syria, mesir, dan mahu menjatuhkan empayar Islam di seluruh negara,” kata beliau.

Related Articles