Pemuda UMNO kecam serangan di Dhaka

by SM Amin

Pengerusinya, Dato Mohamed Hazali Abu Hassan berkata serangan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini jelas menunjukkan kumpulan tersebut bukannya memperjuangkan Islam seperti yang mereka sering laung-laungkan.

“Kumpulan Daesh-Isis ini memang secara jelas tidak langsung mewakili agama Islam dan secara jelas pengajaran dan perlakuan mereka adalah amat bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan sunnah junjungan Nabi Muhammad SAW.

“Bulan (Ramadhan) yang sepatutnya menjadi bulan yang suci dan mulia . Bulan untuk umat Islam seluruh dunia memperbanyakan ibadah dan memperhebatkan aktiviti kebajikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, dilaporkan lebih daripada 20 mangsa telah terkorban di atas insiden yang tidak berperi-kemanusiaan itu.

Susulan daripada itu, Hazali menyeru seluruh dunia menolak dan mengeji segala ajaran dan pemahaman kumpulan Daesh-Isis kerana mereka tidak mewakili mana-mana agama sekalipun.

“Harapan dan doa kami sentiasa bersama keluarga mangsa dan rakyat Negara Bangladesh,” ujarnya.

Related Articles