16
Katanya, adalah tidak adil bekas Naib Presiden MIC itu meminta Presiden myPPP, Tan Sri M. Kayveas supaya menjaga percakapannya berkaitan MIC.
“Saravanan tak perlu meminta Kayveas menjaga mulut yang menasihati MIC. Mungkin anda ingat berjaya mengunci mulut Kayveas.
“Tapi bergembiralah selepas menjawab apa nasib usahawan India yang melabur dalam projek penanaman Cili di bawah NAAM,” kata Sathia lagi.
Menurut Sathia, Saravanan dilihat seolah hilang pertimbangan dengan apa yang dilontarkan terhadap Kayveas.
“Saya rasa mungkin kalah dalam pemilihan parti , beliau sudah hilang pertimbangan dan tak tahu apa yang hendak diutarakan kepada nasihat presiden myPPP,” tegasnya lagi. – Tamil Malar