Pemuda hidup sebagai puntianak mahu dilayan seperti manusia normal

Darkness Vlad Tepes vampire2 600x400

Walaupun bawang putih dan cahaya matahari tidak memberi kesan kepadanya, namun dia telah menukar namanya beberapa tahun yang lalu dan memanggil dirinya puntianak. Dia tidur dalam keranda kayu yang dibuat khas mengikut ukurannya, memakai celak mata dan mengambil darah lembu dan babi, sebagai pengganti darah manusia.

“Untuk menjadi puntianak adalah perlu percaya bahawa saya mempunyai badan yang hidup tetapi jiwa yang mati.

“Saya sering melihat orang mempunyai tanggapan yang salah tentang menjadi seorang puntianak dari filem dan buku-buku seperti Twilight atau Dracula,” kata Darkness.

Dalam temu bualnya bersama Lancashire Telegraph, Darkness Vlad Tepes mendedahkan bahawa dia tertarik untuk menjadi seorang puntianak sejak remaja lagi.

“Saya sering membawa anjing saya berjalan-jalan melalui hutan dan melihat sekumpulan kanak-kanak perempuan berpakaian pelik dan saya fikir mereka adalah zombi.

“Saya berlari pulang kerana saya takut pada mulanya, tetapi kemudian saya ingin lebih tahu tentang mereka.

“Satu hari, saya terserempak dengan mereka lagi, dan mereka mengajak saya menyertai puak mereka. Sejak itu saya mula menjadi seorang puntianak,” katanya mengimbas kembali memori tersebut.

Darkness Vlad Tepes vampire2 600x400

Kerana bimbang akan tanggapan orang tentang gaya hidupnya yang berbeza daripada apa yang kebanyakan orang, Darkness Vlad Tepes memilih untuk merahsiakannya sehingga dua tahun lepas.

Darkness Vlad Tepes tidak pernah mempunyai masalah keluar dari rumahnya sebagai puntianak sehingga baru-baru ini, apabila dia mula dibuli kerana penampilannya.

“Saya pergi ke pub dengan dua rakan dan salah seorang pengunjung di sana bertanya jika saya pernah didera semasa kecil kerana cara pemakaian saya. Saya berasa malu kerana ditanya sedemikian hanya kerana pilihan gaya hidup saya.

“Semua orang ada kepercayaan mereka sendiri dan saya percaya saya juga berhak memilih bagaimana saya ingin hidup tanpa dipandang serong oleh masyarakat.

“Orang ramai perlu menerima hakikat bahawa apa yang biasa kepada mereka adalah tidak normal kepada kami, dan apa yang biasa kepada kami mungkin tidak normal kepada mereka. Saya mungkin puntianak tetapi saya hanya mahu dilayan seperti orang lain,” ujarnya.

Darkness Vlad Tepes mendakwa bahawa dia merupakan puntianak yang bertaraf bangsawan bagi puak yang berada di East Lancashire Vampire yang dikenali sebagai puak Underworld.

Related Articles