Pemuda Amanah bidas tindakan Nawawi

Ketuanya, Asmirul Anuar Aris berkata, tuduhan itu tidak berasas dan keterlaluan kerana cuba mengaitkan baginda dengan skandal rasuah oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya melihat kenyataan Ahli Parlimen Langkawi ini sengaja dibuat bagi mengelirukan seluruh rakyat ketika DOJ Amerika Syarikat masih lagi menyiasat penglibatan seorang individu berprofil tinggi dalam kerajaan Malaysia dan beberapa individu lain atas dakwaan menggelapkan wang syarikat 1MDB.

“Tuduhan Ketua Umno Bahagian Langkawi itu jelas seperti menghina serta mencemarkan imej kedaulatan, kredibiliti serta kedudukan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dengan memetik laporan Sinar Harian.

Berikutan itu, satu laporan dibuat Pemuda Amanah Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kelmarin, bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. – Sinar Harian

Related Articles