Pemimpin yang didakwa dikatakan Ketua Bahagian MIC Teluk Intan yang didakwa mengambil RM250,000 sebagai komisyen beliau daripada agihan pembangunan itu dan dipercayai berkongsi dengan seorang lagi kontraktor kenalannya.
Susulan daripada itu, dikatakan kerja-kerja penaiktarafan sistem parit dan pembinaan jalan tar tidak dapat disiapkan sepenuhnya.
Difahamkan hanya 50 peratus kerja yang berjaya dilaksanakan ekoran kekurangan kewangan.
Satu laporan dibuat oleh pihak tertentu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil tindakan.
Salinan aduan SPRM itu diberikan kepada ADUN Sungkai A. Sivanesan.
Presiden parti berkaitan turut dikatakan telah diingatkan oleh SPRM untuk menyiasat dan bertindak ke atas pemimpin yang terlibat dengan dakwaan tersebut. – Malaysia Nanban