Pemimpin, ahli PAS diarah tutup mulut berkenaan PRK

Beliau berkata Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat mengarahkan supaya tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan Pas berhubung perkara itu sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan parti terbabit.

Beliau berkata, PAS Selangor juga menghormati keputusan tersebut dan akan mengarahkan setiap pimpinan serta ahli-ahlinya mematuhi arahan berkenaan.

“Oleh yang demikian PAS Selangor menganggap sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan parti ini adalah kenyataan peribadi mereka yang tidak ada kena mengena dengan PAS atau PAS Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong setelah dua ahli Parlimennya iaitu Allahyarham Datuk Noriah Kasnon dan Allahyarham Datuk Mohammad Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad terlibat dalam nahas helikopter terhempas ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, minggu lalu.

Related Articles