Sebaliknya inkuiri yang diadakan diwakili Pengarah Kewangannya, Datuk G Karthiyani berhubung pelbagai aduan terhadap syrikat penerbangan itu dihadiri wakilnya
Ravi yang pengsan dimasukkan ke hospital dan diganti oleh Karhiyani yang juga isteri beliau.
“Beliau (Ravi) pengsan… maaf ya, terima kasih. Kami terima jawapan yang bagus, minggu depan ada satu lagi sesi inkuiri,” katanya ringkas sebelum meninggalkan pejabat DCA.
Karthiyani dilihat memasuki bangunan DCA kira-kira jam 10 pagi dengan ditemani seorang lelaki dipercayai kakitangan syarikat penerbangan itu.
Ketika ditemui pemberita selepas inkuiri itu, Karthiyani memaklumkan beliau terpaksa bergegas ke hospital untuk melawat suaminya.
Pada 11 April lalu, DCA menggantung sementara Sijil Pengendalian Udara Rayani Air selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta. Rayani Air sebelum ini berdepan dengan pelbagai isu sehingga mendapat rungutan penumpang berhubung pelbagai masalah, antaranya pembatalan dan kelewatan penerbangan.