Pemburu Pokemon ditembak

Kejadian yang berlaku di Florida itu melibatkan remaja berusia 19 dan 16 tahun yang tidak didedahkan identitinya.

Kedua mereka dikatakan sedang memburu watak Pokemon Marowak dan Tauros dalam permainan Pokemon Go dan meletakkan kenderaan mereka di depan kediaman seorang lelaki pada jam 1.30 pagi.

Pemilik rumah berkenaan yang berumur 37 tahun terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising di luar kediamannya.

Dia melihat sebuah kereta di luar rumah lalu mengambil pistol dan melepaskan tembakan ekoran memikirkan adanya cubaan untuk merompak. – Agensi

Related Articles