Pembenihan awan di NS

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan itu boleh dilaksanakan memandangkan terdapat awan columnimbus atau awan hujan yang sesuai untuk tujuan pembenihan awan.

“Jawatankuasa Bencana Alam negeri telah membincangkan situasi ini dan saya telah memutuskan untuk memohon kepada Jabatan Meteorologi melaksanakan pembenihan awan dan mereka telah bersetuju untuk buat di tempat seperti Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Pada masa yang sama, kita meminta semua masjid dan surau melakukan solat sunat hajat memohon supaya hujan turun dengan lebat di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Ketua Penerangan MIC, Datuk V. S. Mogan di Rantau dekat Rembau pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau menarik perhatian, jawatankuasa tersebut masih meneliti untuk meneruskan rancangan catuan bekalan air secara berkala sekiranya tiada perubahan terhadap paras air sungai dan empangan, memetik Utusan Online.

Related Articles