Pembantu kedai runcit ditemui mati dengan kesan tikaman

Mangsa yang dikenali sebagai Siddeeque Parambil, 39, ditemukan dalam keadaan terlentang di bahagian dapur rumah berkenaan dengan tangan kanannya memegang pisau pemotong sayur, kira-kira 7.45 malam oleh rakannya.

Rakannya Abdul Halim Abu Bakar, 56, berkata dia pergi ke kedai runcit tempat mangsa bekerja selepas diberitahu oleh beberapa rakan lain bahawa mangsa sudah lama tidak membuka kedai runcit itu dan tidak dapat dihubungi selama beberapa hari.

“Saya kemudiannya cuba membuka kedai di bahagian bawah dan mendapati pintu tidak terkunci, kemudian saya naik ke atas dan memanggil namanya namun tidak berjawab.

“Saya pergi ke bahagian dapur sebelum saya nampak mayat mangsa sudah berwarna hitam mungkin akibat sudah lama mati,” katanya ketika ditemui pemberita, malam Khamis. – Bernama

 

Related Articles