Pembangunan Semula Palestin Menerusi Bandar Wakaf Malaysia Perlukan Dana RM100 Juta

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM100 juta masih lagi diperlukan bagi melaksanakan pembangunan semula penempatan penduduk Palestin di Gaza menerusi projek Bandar Wakaf Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkata, wang tersebut diperlukan untuk membina apartmen-apartmen bagi menggantikan kediaman penduduk wilayah itu yang musnah akibat dibedil tentera zionis.

“Setakat ini kita mendapat bantuan dan sokongan daripada kerajaan-kerajaan negeri seperti Selangor, Terengganu dan banyak lagi.

“Kita perlukan 14 apartmen yang mana setiap satunya diwakili oleh setiap negeri.

“Justeru, kita mengharapkan sokongan daripada kerajaan-kerajaan negeri yang boleh bekerjasama membangynkan apartment masing-masing, waaupun sekurang-kurangnya kita dapat dana daripada rakyat dalam negeri-negeri tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Majlis Malam Untukmu Gaza, di sini malam tadi.Menurut Nadir lagi, pembinaan apartment tersebut dilengkapi dengan kemudahan seperti sekolah, masjid, menara simpanan air dan juga infrustruktur lain.

Sementara itu, Nadir melihat sokongan penduduk Malaysia bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin kini Sudan mula menurun.

Katanya, ia terbukti apabila program-program yang diadakan bagi membangkitkan semangat perjuangan menentang kezaliman zionis tidak lagi mendapat sambutan yang hangat.

“Kalau kita tengok isu boikot yang dilakukan oleh masyarakat luar masih lagi kuat tidak seperti di sini. Kita lihat semangat mereka masih meningkat.

“Tapi masyarakat di Malaysia semangatnya makin berkurangan. Kita kena memahami bahawa pada hari ini jumlah mereka yang mati syahid telah melebihi 30,000 orang, yang cedera telah lebih 70,000 orang,” ujarnya.

Katanya lagi, isu boikot merupakan satu perkara yang perlu difiokuskan dan kena dilakukan secara berterusan.

Tambahnya, langkah memboikot produk-produk jenama dari Israel adalah sangat penting kerana usaha itu mampu melemahkan mereka dari pelbagai sudut terutama ekonomi.

“Isu boikot itu sebenarnya bukan mahu melihat daripada isu kesan tetapi iman.

“Apabila ada iman maka kita lakukan boikot walaupun ia tidak sangat memberi kesan kepada musuh kita,” katanya. – MalaysiaGazette

Related Articles