Pembangkang tidak setuju himpunan Solidariti Rohingya

by Haizal

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, demonstrasi seperti itu sepatutnya dilakukan oleh rakyat kepada kerajaan, bukan dilakukan oleh kerajaan.

Tambah Dr Mahathir, sebagai sebuah pemimpin kerajaan, Najib sepatutnya memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar, bukannya melakukan demonstrasi.

“Demonstrasi sepatutnya rakyat untuk kerajaan, bukan kerajaan yang demo. Ini tak betul.

“Kerajaan perlu bertindak dengan kerajaan sama kerajaan. Ambil tindakan berkenaan hubungan diplomatik. Saya dulu pernah tulis surat kepada Myanmar masa Perdana Menteri, kata Mahathir.

Senada dengan Dr Mahathir, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengecam himpunan tersebut kerana terdapat Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini yang mahu isu Rohingya dibahasa dalam Dewan Rakyat namun usul berkenaan ditolak.

“Bila pembangkang mahu bahas isu Rohingya, ditolak, tapi buat himpunan pula,” kata Lim dalam ucapan perasminnya pada Konvensyen DAP di Shah Alam hari ini.

Presiden PKR, yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebagai pemimpin tinggi dalam sebuah negara, Najib sepatutnya memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar, bukannya membantah dengan himpunan tersebut.

“Pemilik kerajaan putus hubungan dengan sebuah kerajaan lain, bukan demonstrasi.”

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu bagaimanapun mengeluarkan nada berbeza terhadap himpunan tersebut.

Beliau berkata, himpunan tersebut tidak melibatkan mana-mana parti pembangkang kerana mereka tidak mendapat sebarang jemputan.

Namun katanya, partinya tidak peduli sekiranya terdapat ahli AMANAH yang hadir pada himpunan tersebut.

“kita tidak dijemput,” katanya ringkas ketika diminta mengulas berkenaan himpunan tersebut.

Seawal pukul 8 pagi tadi, Najib bersama-sama Hadi turut menyertai himpunan membantah kekejaman kerajaan Myanmar terhadap umat Islam Rohingya di negara itu.

 

Related Articles