Pembangkang tidak pernah cadang tutup MARA

Zaidi Ahmad berkata, Lim tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu penutupan MARA.

MARA adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 dengan matlamat membantu masyarakat Melayu dan bumiputera menceburi bidang perniagaan.

Ia dianggap sensitif bagi sesetengah orang Melayu kerana fungsinya itu.

Menurutnya mesej yang disebarkan pihak terbabit boleh dianggap sebagai fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sehubungan itu, kita menggesa pihak polis menyiasat kes berkenaan dan menahan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan mesej palsu itu,” katanya. -Makkal Osai

Related Articles