Pembangkang tiada ‘personaliti hadapan’ sehingga ambil Muhyiddin

Sehubungan itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tidak menghairankan mengapa Muhyiddin sering berkongsi pentas dengan pembangkang dalam siri jelajah memburuk-burukkan kerajaan.

Ahmad Shabery bagaimanapun menjangkakan hubungan Muhyiddin mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan pembangkang tidak akan bertahan lama atau boleh menggugat kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Parti yang ingin mengisi kedudukan Perdana Menteri mestilah sebuah parti yang dominan untuk mewujudkan suatu kekuatan. Jika parti itu mahu hendak menjadi dominan, mereka perlu mendapatkan jumlah kerusi yang besar pada pilihan raya.

“Namun adakah pembangkang sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP atau Pas mahu menyerahkan kerusi mereka kepada parti itu untuk menjadi parti dominan? Saya tidak rasa mereka sanggup mengetepikan parti sendiri,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rompin di Politeknik Muadzam Shah di Rompin pada Ahad yang turut dihadiri Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin. – Bernama

Related Articles