Pembalakan di Pekan, Najib harus jawab

Menurut beliau, penerokaan hutan simpan di kawasan tersebut menyebabkan berlakunya kerosakan hutan tersebut.

Susulan daripada itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan untuk menjawab mengenai perkara itu.

Jelas Rafizi, beliau mengetahui mengenai penerokaan hutan tersebut daripada seorang pemberi maklumat.

“Saya telah menyemak peta yang diambil daripada satelit yang telah diberikan oleh saya dengan peta yang diperoleh dari industri pembalakan melalui beberapa orang individu yang saya kenali dan ada asas yang kukuh bahawa peta-peta yang diberikan kepada saya adalah benar.

“Jadi Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan perlu memberi respons segera mengenai isu ini,” katanya dalam satu sidang media di Invoke Malaysia, pada Selasa.

Ujar Rafizi lagi, untuk itu beliau kini sedang menanti maklum balas peribadi daripada Najib bagi menjawab persoalan itu.

“Saya juga ada maklumat lanjut mengenai perkara yang sama di seluruh Pahang dan akan mendedahkan satu persatu bagi setiap daerah di Pahang sehinggalah ada maklum balas yang kukuh dan tindakan diambil untuk menghentikan pencerobohan ini,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga akan terus menyiasat untuk menentukan siapakah dalang sebenar di belakang kegiatan pencerobohan ini dan akan meneliti segala kemudahan pengurusan hutan sehingga menyebabkan berleluasanya aktiviti pencerobohan sebegini.

“Paling penting, inilah sebenarnya tugas seorang ahli parlimen seperti saya dan Najib iaitu menjaga khazanah rakyat,” katanya.

Related Articles