Peluang satu lawan satu di Kelantan mustahil

Menurut Setiausaha BN Kelantan, Datuk Hanafi Mamat, keadaan itu tidak akan menjadi kenyataan yang mana mereka pasti parti dari Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP tidak akan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PAS negeri itu.

“Mereka mengeluarkan kenyataan politik dan ia bersyarat dengan bersatu atas dasar agama ALLAH. DAP tak mungkin menelan prinsip itu.

“Saya tak yakin mereka akan berpakat dan setakat ini BN sedia hadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku nanti,” katanya.

Menurut Hanfi, PAS juga dilihat terbuka untuk tujuan itu dengan syarat bersatu atas dasar agama ALLAH.

Pandangannya, BN tidak akan melihat perkara sedemikian sebagai satu ancaman, sebaliknya terus memantapkan perjuangan jentera di semua peringkat khususnya di negeri ini.

“Kita terus fokus dengan perjuangan parti dan akan memastikan jentera kita sentiasa dalam keadaan bersiap sedia,” katanya.

Related Articles