Peluang PAS lebih cerah berbanding Pakatan Harapan

PAS yang sudah berpengalaman bertanding di kedua-dua kerusi tersebut sejak 1959 kata Abdul Hadi hanya tewas tipis kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Oleh itu, kita tidak mempunyai masalah untuk masuk di kawasan ini. Bahkan undi kita semakin meningkat,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pengkalan Chepa yang turut dihadiri Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, di sini.

Sehubungan dengan itu kata Abdul Hadi, tindakan parti-parti pembangkang lain yang mahu turut sama merebut kerusi tersebut hanya akan memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

“Tidak dinafikan. Yang penting kita dapat menggerakkan jentera pilihan raya,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il, daripada Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon PAS, Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi.

Related Articles